Halaman

Selasa, 23 Oktober 2012

Shinhwa Changjo (Sebarkan Orange Love)



Kalau ditanya pasal kumpulan Super junior,Girl Generation,Tvxq,Big Bang,Beast B2st dan lain-lain mesti korang pakarkan? Kumpulan yang debut pada 24 Mac1998 ini  terdiri dari 6 ahli iaitu Eric Mun,Lee Min Woo,Kim Dong Wan,Shin Hye Sung,Jun Jin dan Andy Lee,mereka adalah senior dan merupakan kumpulan idol generasi pertama..Buat sesiapa yang masih tak mengenali kumpulan ini,shinhwa sebenarnya sudah bertapak lebih 14 tahun di dalam industri hiburan korea.Pelbagai kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh mereka.Mereka juga berasal dari bawah naungan SM Entertainment dan setelah menghabiskan kontrak,mereka kemudiannya beralih ke syarikat Good Entertainment dan sekarang mereka telah menubuhkan Shinhwa Company.Mari kita mengenali mereka dengan lebih lanjut....


1.Eric Mun



Nama sebenar    : Mun Jung Hyuk
Tarikh lahir         : 16 Februari 1979
Posisi                 : Leader,Main Rapper
Jenis Darah        : B
Tinggi/Berat       : 180cm/71kg
Kerjaya             : Penyanyi,pelakon,model dan CEO
Keluarga            : ibu,bapa, 2 kakak dan abang
Nama timangan  : GON,Imukkukjung
Gelaran              : king of cf,prince mesir,africa guy

2. Lee Min Woo (M)



Nama sebenar  : Lee Min Woo
Tarikh lahir       : 28 Julai 1979
Posisi               : Lead vocalist,main dancer
Jenis Darah       : A
Tinggi/Berat      :170cm/64kg
Kerjaya            : Penulis lirik,penyanyi,pelakon dan CEO
Keluarga           :ibu,bapa dan kakak
Nama timangan : M style,cool guy
Gelaran             : eyes smile,dance machine,king of fart

3. Kim Dong Wan



Nama sebenar   : Kim Dong Wan
Tarikh lahir        : 21 November 1979
Posisi                : Vocalist
Jenis Darah       : O
Tinggi/Berat      : 172cm/68kg
Kerjaya            : Pelakon,penulis lirik,penyannyi,penyampai radio,dan pengacara
Keluarga           : ibu,bapa dan adik lelaki
Nama timangan : Saoh - jungneem
Gelaran             : Witty guy,wrinkles oppa


4.Shin Hye Sung



Nama sebenar  : Jung Pil Kyo
Tarikh lahir       : 27 November 1979
Posisi                : Main vocalist
Jenis Darah       : O
Tinggi/Berat      : 179cm/65kg
Kerjaya            : Penyanyi,pelakon,penulis lirik dan pengacara
Keluarga           : ibu,bapa dan adik lelaki
Nama timangan : Little prince
Gelaran             : Mommy bird

4. Jun Jin



Nama sebenar   : Park Chong Jae
Tarikh lahir        : 19 Ogos 1980
Posisi                : Lead dancer,vocalist dan lead rapper
Jenis Darah       : B
Tinggi/Berat      : 182cm/75kg
Kerjaya            : Penyanyi,pelakon dan pengacara
Keluarga           : bapa,ibu,ibu tiri,adik lelaki dan adik perempuan
Nama timangan : Meduse
Gelaran             : Baby bird,athlete,sf cartoon image,dance machine


6. Andy Lee



Nama sebenar  : Lee Sun Ho
Tarikh lahir       : 21 Januari 1981
Posisi               : Rapper
Jenis Darah      : O
Tinggi/Berat     : 174cm/62kg
Kerjaya           : Pengacara,penyanyi,pelakon dan CEO
Keluarga          : ibu,bapa dan adik perempuan
Nama timangan : Superman,bogus
Gelaran             : kiwi prince


Shinhwa juga telah melahirkan 10 buah album iaitu Resolver,T.O.P,Only One,Hey ,Come On,Perfect Man,Wedding,Brand New,State Of The Art,Volume 9 dan The Return serta sebuah album dalam bahasa jepun iaitu Inspiration #1.Setiap album mereka menampilkan pelbagai reka tari,susunan lagu dan imej yang begitu berbeza serta ia mendapat sambutan hangat dari peminat-peminat mereka di sana.



Antara imej dan gambar-gambar mereka dulu dan kini :)







Dan kini shinhwa juga telah mempunyai rancangan tv mereka sendiri iaitu Shinhwa Broadcast. Rancangan tv itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik,kelakar habis dan ia berbeza setiap episod.Shinhwa Broadcast di tayang pada setiap hari sabtu pada pukul 11 malam dan kini ia telah mengubah waktunya pada pukul 7.40 malam pada hari ahad. Kalau anda berminat bergelak ketawa sakan tak ingat dunia,jomlah menonton shinhwa broadcast di blog-blog orangebox,crabbie life,shinhwa forever dan shia&regy...anda juga dinasihatkan jangan makan dan minum ketika menonton rancangan mereka :p






Hope anda semua boleh sokong kumpulan shinhwa dan sebar orange love <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan